Pelajar lemas dalam tasik di kampus UNIMAS

KUCHING — Pelajar ditemui lemas dalam tasik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, hari ini.

Mangsa, Zoolfazairy Zaharen, 20, ditemui terapung berdekatan Jambatan Cinta yang merentangi tasik berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 8.32 pagi.

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi terdapat seorang mangsa lemas dalam tasik dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

BH ONLINE