Ibu, anak maut dalam nahas di WCE

MANJUNG — Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan sekitar jam 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24 dan kanak-kanak lelaki berusia anggaran dua tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.15 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan Perodua Kelisa. Kesemua enam mangsa lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Bagaimanapun, dua mangsa maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala empat lagi mangsa cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan,” katanya.

BH ONLINE