SPRM tahan warga Singapura ‘suap’ 11 penguat kuasa selama dua tahun

KUALA LUMPUR — Seorang warga Singapura ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan bayaran cukai barangan yang diimport syarikat miliknya.

Sumber berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, suspek disyaki melakukan perbuatan itu di antara tahun 2022 hingga 2024.

“Siasatan awal mendapati suspek memberikan wang secara tunai kepada kesemua pegawai penguat kuasa yang terbabit.

“SPRM ketika ini mengesan seramai 11 pegawai penguat kuasa yang terbabit dalam kes itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta SPRM 2009

Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama enam bermula hari ini sehingga 30 Jun depan.

BH ONLINE