PM Denmark diserang di tengah Copenhagen, seorang lelaki ditahan

STOCKHOLM — Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen dihentam oleh seorang lelaki di tengah Copenhagen pada Jumaat dan lelaki itu telah ditahan, lapor agensi berita Ritzau.

Frederiksen dilaporkan “terkejut” dengan kejadian itu. Polis Copenhagen telah mengesahkan kejadian itu tetapi enggan memberikan komen lanjut, lapor Televisyen Sweden (SVT).

Serangan itu berlaku di dataran tidak jauh dari rumah Frederiksen, tambah laporan itu. Namun identiti penyerang dan motif disebalik serangan itu masih belum diketahui.

Tidak lama selepas kejadian itu, Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson dan Menteri Luar Negeri Tobias Billstrom mengutuk serangan itu.

XINHUA