JALALABAD — Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas bot yang membawa 26 orang karam di sungai di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan, seorang pegawai tempatan mengesahkan kepada Xinhua pada Sabtu.
Kemalangan itu berlaku pada pagi Sabtu apabila bot itu karam semasa menyeberang sungai di kawasan Basol di daerah Momand Dara, kata Quraishi Badloon, ketua jabatan penerangan wilayah.
Tiga belas orang berjaya diselamatkan, manakala lima lagi masih hilang. Penumpang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Menurut Badloon, lapan mayat telah ditemui setakat ini, dan usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan orang yang hilang.
XINHUA