14 maut, 17 parah selepas trak rempuh beberapa kenderaan di selatan Tanzania

DAR ES SALAAM — Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 17 yang lain cedera parah Rabu selepas sebuah trak merempuh beberapa kenderaan, termasuk sebuah bas mini, di wilayah tanah tinggi selatan Tanzania, Mbeya, menurut seorang pegawai tempatan.

Pesuruhjaya wilayah Mbeya Juma Homera berkata, tragedi itu berlaku di bukit Mbembela di lereng curam pada 1:20 tengah hari, waktu tempatan, apabila trak itu, yang pemandunya dilaporkan hilang kawalan ke atas kenderaan itu, merempuh bas mini, sebuah kereta salon, dan beberapa sikal roda tiga.

“Semua mangsa adalah penumpang dalam bas mini itu,” kata Homera kepada Xinhua melalui telefon, sambil menambah bahawa orang yang cedera, kebanyakannya dalam keadaan kritikal, dikejarkan ke hospital.

Homera berkata antara yang maut ialah lapan lelaki, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Beliau berkata trak yang membawa batu itu menuju ke bandar Mbeya dari Dar es Salaam, dan bas mini itu dalam perjalanan dari Tunduma di sempadan Tanzania-Zambia ke Mbeya.

XINHUA