Tukang urut dijel 5 tahun cabul pelanggan bawah umur

KUALA TERENGGANU — Seorang tukang urut dipenjara lima tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang juga pelanggannya.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh, Ishak Abdul Rahman,57, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah pondok di Dungun, jam 8.45 malam pada 21 Februari 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Nor Azri Mohd Arif.

BH ONLINE

Just Pic