Serangan udara sasar Sanaa Yaman selepas serangan Houthi sasar Israel

DUBAI – Satu siri serangan udara hebat menggegarkan ibu kota Yaman dikuasai Houthi awal Khamis, sejurus selepas peluru berpandu Houthi menyasarkan tengah Israel.

Tidak jelas siapa yang melancarkan serangan ke atas Sanaa, dikuasai Houthi selama lebih sedekad.

Tentera Amerika telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Houthi selama hampir setahun akibat serangan Houthi ke atas perkapalan di koridor Laut Merah. Pegawai tentera AS tidak akui permintaan untuk komen.

Serangan itu berlaku sejurus selepas tentera Israel berkata tentera udaranya memintas peluru berpandu dilancarkan dari Yaman sebelum ia memasuki wilayah negara itu.

AN-AP