SYDNEY – Seorang maut dan seorang lagi parah dalam nahas pesawat ringan di utara Sydney pada Ahad, kata polis.
Perkhidmatan kecemasan, termasuk polis, kru ambulans dan helikopter penyelamat, telah dikerahkan untuk melaporkan tentang nahas pesawat rekreasi itu di lapangan terbang di Pulau Palmers, lebih 500 km ke utara Sydney di negeri New South Wales (NSW), pada kira-kira 11: 20 pagi waktu tempatan.
Polis NSW berkata dalam satu kenyataan, juruterbang meninggal dunia di tempat kejadian. Dia belum dikenal pasti secara rasmi tetapi dipercayai lelaki berusia dalam lingkungan 60-an, kata polis.
Penumpang tunggal – seorang lelaki dipercayai berusia 30-an – dirawat di tempat kejadian kerana cedera parah sebelum dibawa ke hospital berdekatan.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan pesawat itu terhempas tidak jauh dari landasan lapangan terbang.
XINHUA