Seorang maut, 7 cedera nahas dua kenderaan di Besut

BESUT – Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Bukit Jeruk, hari ini.

Komander Operasi, PBK I Khairul Anuar Muhammad berkata kemalangan membabitkan Honda Accord dengan pikap Toyota Hilux.

Bomba menerima panggilan kejadian jam 12.34 tengah hari.

“Pemandu lelaki Honda Accord serta dua penumpang lelaki cedera manakala seorang penumpang kereta berkenaan meninggal dunia.

“Pemandu lelaki Toyota Hilux, seorang penumpang lelaki serta dua penumpang perempuan cedera,” katanya dihubungi, hari ini.

BH ONLINE

ad