Sekurang-kurangnya 20 maut, lima diselamatkan apabila bot migran karam di perairan Tunisia

TUNIS – Pengawal pantai Tunisia menemui mayat 20 pendatang selepas bot yang mereka naiki karam, pada Rabu, dalam tragedi kedua lemas pendatang dalam tempoh seminggu di luar pantai Tunisia.

Khamis lalu, pengawal pantai Tunisia turut menemui mayat sembilan pendatang, manakala enam lagi masih hilang, selepas bot mereka karam ketika mereka belayar menuju ke Eropah.

Pengawal pantai, pada Rabu, menyelamatkan lima yang lain, daripada tragedi terbaharu, dan operasi mencari sedang dijalankan bagi yang masih hilang.

Bot itu karam di luar pantai bandar Sfax, tempat berlepas utama terutama bagi pendatang Afrika sub-Sahara.

Tunisia sedang bergelut dengan krisis penghijrahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan telah menggantikan Libya sebagai tempat berlepas utama bagi kedua-dua, rakyat Tunisia dan orang-orang dari tempat lain di Afrika, yang mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

AN-REUTERS/18 Dis 2024
19:38