KAHERAH – Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu negara, Sanaa, dan Hodeidah, lapor media Houthi Yaman awal Rabu.
AS melancarkan gelombang serangan di kawasan Yaman dikawal Houthi yang bersekutu dengan Iran, yang berkata minggu lalu mereka meneruskan serangan ke atas perkapalan Laut Merah untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza.
AN-REUTERS