KUANTAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata berdasarkan laporan, Nornabila Abdullah, 16, dikatakan keluar rumah pada jam 3 petang.
Ibu saudara Nornabila berusia 23 tahun memaklumkan anak saudaranya memberi alasan bertemu rakan dan akan berbuka puasa di luar sebelum pulang ke rumah ibunya.
“Nornabila yang juga anak sulung daripada empat beradik tinggal bersama ibu saudaranya. Ibu saudara tidak mengetahui punca Nornabila tidak pulang kerana tiada masalah antara mereka.
“Ketika keluar rumah, Nornabila membawa beg silang, memakai kemeja corak kotak berwarna coklat dan jeans biru serta kasut tumit tinggi putih,” katanya sambil menambah orang ramai ada maklumat boleh berhubung terus dengan balai polis berhampiran.
BH ONLINE