Pakistan akan lancar operasi bersasar terhadap militan di Balochistan

ISLAMABAD — Ketua Menteri wilayah Balochistan barat daya Pakistan, Sarfraz Bugti berkata, operasi yang disasarkan terhadap kumpulan pengganas akan dilancarkan di wilayah itu bagi mengekang aktiviti militan.

Bugti memberitahu media pada Isnin bahawa operasi akan memberi tumpuan kepada kawasan yang menempatkan kem pengganas.

“Kami berazam untuk menghapuskan anasir yang bertanggungjawab untuk menjejaskan kestabilan wilayah dan memastikan keselamatan rakyat kami,” tambahnya.

Pada 19 November, Jawatankuasa Puncak Pelan Tindakan Kebangsaan memutuskan untuk melancarkan operasi ketenteraan menyeluruh terhadap pertubuhan pengganas di wilayah itu.

XINHUA