MINSK – Presiden penyandang Alexander Lukashenko memenangi pilihan raya presiden Belarus, menurut keputusan awal dikeluarkan awal Isnin oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat negara itu.
Data awal Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat menunjukkan Lukashenko menerima 86.82 peratus undi. Sergei Syrankov, Oleg Gaidukevich, Anna Kanopatskaya dan Alexander Khizhnyak masing-masing memperoleh 3.21 peratus, 2.02 peratus, 1.86 peratus dan 1.74 peratus undian.
Di bawah undang-undang Belarus, calon presiden yang memperoleh lebih daripada 50 peratus undi diisytiharkan sebagai pemenang.
Presiden Belarusia dipilih melalui undi terus dan tempoh jawatan ialah lima tahun. Suruhanjaya pilihan raya Belarus akan mengumumkan keputusan akhir pengundian tidak lewat daripada 5 Februari.
XINHUA