Letupan di tengah Israel ‘kemungkinan’ dron dilancarkan dari Yaman: tentera

JERUSALEM – Sebuah dron, kemungkinan dilancarkan dari Yaman, meletup di tingkat atas sebuah bangunan kediaman di bandar Yavne di tengah Israel pada Isnin, tiada kecederaan, kata tentera Israel dan perkhidmatan kecemasan.

“Berikutan laporan awal, sebuah UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) yang mungkin berasal dari Yaman menghentam kawasan Yavne,” kata tentera.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Israel MDA berkata laporan diterima mengenai “letupan di balkoni tingkat 15” bangunan di Yavne, dan selepas pencarian, tiada kecederaan dilaporkan.

Pemberontak Houthi di Yaman, disokong Iran, telah melancarkan beberapa serangan terhadap Israel, mengatakan mereka bertindak sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, di mana Israel telah berperang dengan kumpulan militan Hamas selama lebih setahun.

Pada Julai, serangan dron Houthi di Tel Aviv membunuh seorang awam Israel, menyebabkan serangan balas terhadap pelabuhan Hodeidah di Yaman.

AN-AFP