Keracunan karbon monoksida membunuh 14 di Kabul

KABUL – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh akibat keracunan karbon monoksida di ibu negara Afghanistan, Kabul, dalam tempoh dua bulan lalu, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran pada Jumaat.

“Insiden keracunan gas maut itu menyebabkan kematian 14 rakyat Afghanistan, termasuk wanita dan kanak-kanak, di daerah berbeza di bandar Kabul, ibu negara Afghanistan, sejak dua bulan lalu,” Tolo memetik Zadran sebagai berkata.

Disebabkan harga kayu api dan keperluan lain yang tinggi, ramai rakyat Afghanistan beralih kepada gas untuk memanaskan rumah mereka semasa musim sejuk yang teruk.

Tragedi itu menyerlahkan keadaan tidak stabil dihadapi ramai keluarga Afghanistan di seluruh negara, di mana mereka amat terdedah kerana prospek terhad dan kesukaran ekonomi.

XINHUA