Houthi Yaman mengaku bertanggungjawab atas serangan roket balistik ke atas Israel

SANAA – Pejuang Houthi Yaman mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan roket balistik ke atas Israel pada Selasa.

Jurucakap tentera kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan di televisyen bahawa serangan itu dibuat untuk menyokong rakyat Palestin dan sebagai tindak balas kepada gelombang baru serangan udara maut Israel di seluruh Gaza pada awal hari itu.

XINHUA

ad