NEW DELHI – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 20 yang lain jatuh sakit selepas terhidu asap toksik di sebuah kilang farmasi di negeri Andhra Pradesh, selatan India, kata pegawai pada Rabu.
Insiden itu berlaku di Anakapalli Visakhapatnam, bandar terbesar di Andhra Pradesh.
Menurut pegawai, kakitangan di dalam kilang itu terhidu gabungan Asid Hidroklorik dan Cholorform, yang kemudian mengalami gangguan pernafasan.
Laporan berkata 400 liter HCL dalam bentuk cecair bocor dari tangki reaktor dan jatuh di atas lantai.
Laporan media tempatan berkata pihak pengurusan syarikat tidak memberi amaran kepada pekerja yang terlibat dalam pembersihan berhubung bahaya terhidu asap toksik itu.
Polis telah mendaftarkan satu kes dan mengarahkan siasatan terhadap kejadian itu.
XINHUA