COLOMBO — Empat orang terbunuh, sembilan cedera, dan enam hilang akibat banjir di Sri Lanka, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC) pada Rabu.
Banjir itu menjejaskan 230,743 orang dan memusnahkan lebih 600 rumah, kata Ketua Pengarah DMC Udaya Herath pada sidang media.
Sebanyak 165 kem bantuan ditubuhkan, katanya.
Presiden Anura Kumara Dissanayake telah mengarahkan pegawai untuk menyampaikan perkhidmatan bantuan kepada orang ramai di kawasan dilanda bencana dengan mengutamakan pengumpulan data di tapak daripada bergantung semata-mata pada maklumat teknologi, kata Bahagian Media Presiden.
XINHUA