Kementerian kesihatan Gaza dikendalikan Hamas berkata jumlah kematian akibat perang 44,235

KOTA GAZA – Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata pada Isnin sekurang-kurangnya 44,235 orang terbunuh dalam lebih 13 bulan perang antara Israel dan militan Palestin.

Jumlah itu termasuk 24 kematian dalam 24 jam sebelumnya, menurut kementerian itu, yang menyatakan 104,638 orang cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula apabila militan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober 2023.

AN-AFP