88 terbunuh dalam pertempuran mazhab di Kurram, Pakistan

ISLAMABAD — Angka maut pertempuran mazhab di daerah Kurram di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan meningkat kepada 88 orang, kata pentadbiran hospital kepada media.

Keganasan tercetus Khamis lalu apabila konvoi koc penumpang membawa umat Islam Syiah diserang hendap di kawasan Parachinar, menyebabkan kematian yang besar.

Serangan itu mencetuskan gelombang keganasan mazhab antara masyarakat Syiah dan Sunni, dengan beberapa serangan balas pada hari-hari berikutnya meningkatkan lagi angka kematian.

Satu delegasi kerajaan wilayah melawat daerah itu, dan gencatan senjata telah dipersetujui antara kedua-dua mazhab selama tujuh hari.

XINHUA