5 maut apabila trak sarat kimia berlanggar di barat India

NEW DELHI — Sekurang-kurangnya lima maut dan lebih 35 cedera selepas trak membawa bahan kimia berlanggar dengan kenderaan lain di negeri Rajasthan, barat India awal Jumaat, polis mengesahkan.

Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Jaipur-Ajmer dekat kawasan Bhankrota.

Mereka yang cedera, kebanyakannya dalam keadaan serius, dikejarkan ke hospital kerajaan di ibu negeri Jaipur. Angka kematian dikhuatiri meningkat.

XINHUA