3 maut, 1 cedera dalam kemalangan jalan raya Filipina

MANILA – Tiga maut dan seorang lagi cedera selepas dua motosikal berlanggar di wilayah Rizal, timur Manila, lewat tengah malam Sabtu, kata polis.

Polis berkata, nahas berlaku di jalan nasional pekan Morong selepas salah sebuah motosikal itu menduduki laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan dan berlanggar dengan motosikal yang datang.

Setiap motosikal membawa seorang penunggang dan seorang penumpang.

Polis berkata penunggang dan penumpang salah sebuah motosikal, kedua-duanya lelaki berusia 20 dan 22 tahun, maut, bersama seorang lagi penumpang lelaki berusia 18 tahun. Seorang lagi penunggang cedera.

XINHUA