NEW DELHI — Dua orang maut dan lima lagi hilang selepas sebuah bot laju merempuh sebuah feri pada Rabu di luar pantai Mumbai India, lapor media tempatan.
Video disiarkan di televisyen menunjukkan bot laju itu membawa empat lelaki berzig-zag di dalam air sebelum merempuh feri dengan lebih 80 penumpang di dalamnya.
Bot itu sedang belayar dari Gateway of India ke Pulau Elephanta, yang menempatkan gua Gharpuri yang terkenal, sebuah destinasi pelancongan.
Akhbar tempatan Hindustan Times memetik Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Maritim Maharashtra Manik Gursal sebagai berkata 56 orang yang diselamatkan telah dibawa ke Navi Mumbai, 10 ke Mumbai Dockyard dan sembilan ke Gateway of India, dengan usaha mencari lima yang hilang sedang dijalankan.
Pegawai berkata Pengawal Pantai dan Tentera Laut telah menyertai operasi pencarian. Empat helikopter juga telah dimasukkan ke dalam perkhidmatan.
XINHUA