Lelaki parah ditetak kerana cemburu

TAIPING — Akibat cemburu, seorang lelaki parah ditetak dalam kejadian di bandar ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata pada jam 7.20 malam polis menerima laporan dari seorang wanita yang memaklumkan suaminya berusia 29 tahun ditetak suspek.

Beliau berkata susulan laporan diterima, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah digerakkan bagi mengesan suspek.

“Kurang 24 jam pihak polis berjaya menahan suspek berusia 25 tahun di Taiping.

“Hasil siasatan mendapati motif kejadian berpunca dari perasaan cemburu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh di penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda dan sebat,” katanya dalam kenyataan.

BH ONLINE

Just Pic