Di mana Mohamed Ahil Sekh?

Di mana Mohamed Ahil Sekh?
Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada jam 8.20 malam, 6 Ogos 2024. – Foto ihsan polis

HULU SELANGOR — Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim dilihat kali terakhir di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada jam 8.20 malam, 6 Ogos lalu.

“Kanak-kanak itu memakai baju lengan panjang merah, seluar panjang dan memakai sandal.

“Ketinggiannya kira-kira 100 ke 110 sentimeter dan berat badan kira-kira 30 ke 32 kilogram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, polis meminta orang ramai yang menemui atau mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak lelaki ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 03-60641222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor (03-60641223).

BH ONLINE

Just Pic