TEMERLOH — Seorang wanita warga Thailand maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 128, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Jambatan Kampung Paya Kujan, dekat sini, hari ini.
Kejadian berlaku 12.05 tengah hari apabila mangsa, 41, gagal mengawal motosikal ditunggangnya sebelum terbabas.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dari arah Seberang Temerloh menghala Mentakab terbabas ketika melalui selekoh susur ke kanan dan masuk ke bahu jalan kiri yang tidak berturap.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
BH ONLINE