Wabak taun membunuh lebih 200 di Angola

LUANDA – Jumlah orang yang terbunuh dalam wabak taun terbaharu di Angola meningkat kepada 201 orang, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Sebanyak 5,574 orang telah dijangkiti sejak awal Januari, kata kementerian itu dalam kenyataan akhbar pada Jumaat.

Kes taun telah dilaporkan di 13 daripada 21 wilayah Angola. Wabak itu berasal dari ibu kota Luanda, yang telah mencatatkan jumlah kes tertinggi, diikuti oleh wilayah jiran, Bengo dan Icolo e Bengo.

XINHUA

ad