Tyre Lubnan disasar serangan baharu Israel: media kerajaan

Media negara Lubnan melaporkan empat orang cedera pada Sabtu dalam serangan Israel ke atas bandar pantai utama Tyre, ketika gelombang serangan baharu melanda negara itu. (X/@Malakhaled)

BEIRUT – Media negara Lubnan melaporkan empat orang cedera pada Sabtu dalam serangan Israel di bandar pantai utama, Tyre, ketika gelombang serangan baharu melanda negara itu.

“Serangan ke atas bandar Tire menyebabkan jumlah awal empat orang cedera,” kata Agensi Berita Nasional (NNA), sambil menambah bahawa Israel juga menyerang kawasan lain di selatan dan timur Lubnan.

AN-AFP, 22 Mac 2025