Tentera Rusia melancarkan beberapa siri peluru berpandu awal Khamis ke atas Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine, mencederakan sekurang-kurangnya empat orang dan merosakkan infrastruktur, kata pegawai tempatan.
Datuk Bandar Ihor Terekhov, menulis di aplikasi pemesejan Telegram, berkata empat orang cedera, saluran paip gas rosak dan banyak tingkap pecah.
Gabenor Wilayah Oleh Syniehubov berkata lapan peluru berpandu telah dilepaskan ke arah bandar itu, sasaran kerap Rusia dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sebuah komuniti di utara bandar juga telah dihentam.
Selepas serangan itu, amaran serangan udara kekal berkuat kuasa di seluruh negara.
AN memetik Reuters