SANAA – Tentera AS melancarkan serangan udara baru ke atas ibu kota Yaman, Sanaa, lewat malam Isnin, lapor TV al-Masirah kendalian Houthi.
Serangan berlaku di bahagian barat Sanaa, kata televisyen itu tanpa memberikan butiran lanjut.
Belum ada laporan mengenai korban jiwa.
Menurut penduduk, serangan itu menyasarkan tapak tentera dan depoh di atas bukit dikendalikan kumpulan Houthi.
XINHUA