TAWAU — Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat, di sini, awal pagi tadi.
ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata, remaja Humaira Syafiqah Naldi ditemukan di Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi.
“Remaja itu sekarang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan kehilangan Nur Humaira Syafiqah, 15, pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini, apabila tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang pada Jumaat lalu.
Kehilangan Nur Humaira yang mesra dengan panggilan ‘Maira’ itu, hanya diketahui kakak mangsa, Ayu Naldi, 39, selepas menghubungi seorang rakan sekolah sebelum dimaklumkan Nur Humaira tidak hadir pada hari berkenaan.
Susulan itu, menerusi hantaran di Facebook wanita itu merayu orang ramai mengesan adiknya yang tidak dapat dijejaki walaupun pelbagai ikhtiar dibuat termasuk laporan polis sebelum tular di media sosial.
BH ONLINE