SETIU — Seorang lelaki maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung Proton Persona yang terbabas masuk ke laluannya di Kilometer 40, Jalan Kampung Merang, Setiu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata mangsa Mohd Shaifizi Fazli Rameli, 35, dari Batu Rakit, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis menerima maklumat kemalangan jam 8.20 pagi.
Mangsa yang memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan dari Kampung Padang Kemunting ke Hospital Besut manakala pemandu Proton Persona bersama seorang wanita serta bayi setahun dalam perjalanan dari Besut menghala ke Kuala Terengganu.
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Persona hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung kereta dipandu mangsa.
BH ONLINE