Lelaki maut Perodua Viva dipandu bertembung pikap

TUARAN — Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung pikap dalam kemalangan di Jambatan Batangan berhampiran CKS Supermarket, pagi tadi.

Dalam nahas jam 6.40 pagi, mangsa berusia 30 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.44 pagi.

“Mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BH ONLINE