Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjaring ikan

PEKAN — Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjaring ikan bersama dua rakan di Sungai Lepar, berhampiran Ladang LKPP Jalan Gemuruh, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa dikenali Muhamad Saifol Azmi Adiauddin, 33.

Katanya, berdasarkan laporan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.19 petang.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu dan lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pekan bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat, seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala dua lelaki yang juga rakan mangsa selamat dikatakan sedang melakukan aktiviti menjaring ikan di sungai bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulfadli berkata, anggota bomba melakukan pencarian di sekitar sungai tetapi mangsa belum ditemukan.

BH ONLINE

Just Pic