MOSCOW – Lapan orang terbunuh selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan pangsapuri kayu di wilayah Kirov barat Rusia, kata Kementerian Situasi Kecemasan Rusia (EMERCOM) pada Ahad.
Kebakaran berlaku di kampung Kilmez, kira-kira 1,000 km timur laut Moscow. Laporan awal menunjukkan tujuh orang maut, dan mayat kelapan ditemui dalam proses pembersihan serpihan.
Pasukan EMERCOM sedang menyiasat punca kebakaran.
Gabenor Kirov Alexander Sokolov berkata bangunan itu adalah rumah kepada 11 penduduk, terutama pesara.
XINHUA