Konflik Russia-Ukraine perlu diselesaikan melalui rundingan, Anwar beritahu Putin

VLADIVOSTOK — Perang Russia dan Ukraine mesti dihentikan serta-merta dan diselesaikan melalui rundingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah disuarakannya kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, pada pertemuan dua hala mereka dan sesi makan malam, semalam, sempena Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF 2024), di sini.

Bercakap kepada media Malaysia sebelum menamatkan lawatan kerja dua harinya dengan menghadiri sesi pleno EEF 2024, beliau berkata, konflik terbabit, jika dibiarkan berlarutan, akan terus menjejaskan ekonomi dunia, termasuk Malaysia yang mengamalkan dasar perdagangan terbuka.

“Pada peringkat antarabangsa, sudah tentu kita juga menyentuh isu Ukraine dan menggesa supaya ada kesediaan antara kedua-dua pihak untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu ini.

“Ini kerana kesan sampingan akan timbul dari segi kenaikan harga barang, kos sara hidup jika ia (perang) berterusan,” katanya.

BH ONLINE

Just Pic