GAZA — Sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA pada Khamis.
Sebuah jet Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu, sumber perubatan memberitahu Xinhua.
Pejabat media kendalian Hamas di Gaza mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat” dalam satu kenyataan, menyebutnya “bukti jelas jenayah genosid dilakukan terhadap orang awam.”
Pejabat itu berkata Israel dan Amerika Syarikat “harus memikul tanggungjawab penuh untuk jenayah ini yang membahayakan manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa.”
Pasukan Pertahanan Israel menyerang kawasan Hamas di dalam sebuah sekolah di kawasan Nuseirat pada waktu malam, menghapuskan ramai pensabotaj yang mengambil bahagian dalam serangan pada 7 Okt 2023, kata Avichay Adraee, jurucakap tentera Israel, dalam satu kenyataan pada Khamis.
XINHUA