Guru direman 7 hari, bantu siasatan kes amang seksual

KOTA BHARU — Seorang guru sekolah kebangsaan di Tumpat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 49 tahun dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini hingga 14 September.

Ia bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kejadian didakwa bermula sejak Mac lalu, dipercayai berlaku di sekolah ketika sesi persekolahan dan disyaki turut dilakukan dalam kereta di sebuah pusat beli-belah di sini dan sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu.

BH ONLINE

Just Pic