Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell, semalam, menggesa siasatan terhadap serangan maut Israel ke atas sebuah sekolah UNRWA di Gaza, yang mengakibatkan pembunuhan lebih daripada 40 orang awam, malam kelmarin.
WAFA dalam laporannya dipetik, Borrel berkata dalam catatan di akaun X, “Laporan yang datang dari Gaza berulang kali menunjukkan bahawa keganasan dan penderitaan masih menjadi satu-satunya realiti bagi ratusan ribu orang awam yang tidak bersalah. Berita mengerikan ini mesti disiasat secara bebas, selaras dengan perintah ICJ yang lalu ,” tegasnya.