8 maut, 15 cedera dalam kemalangan jalan raya di Punjab, Pakistan

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 15 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di lebuh raya di wilayah Punjab timur Pakistan pada Jumaat, kata pegawai.

Bas yang membawa lebih 40 penumpang itu dalam perjalanan dari bandar pelabuhan selatan Karachi ke barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa apabila ia terbabit nahas, nampaknya disebabkan kecuaian pemandu, Saqib Waheed, jurucakap polis lebuh raya memberitahu Xinhua.

Pasukan respons kecemasan, termasuk polis lebuh raya, tiba di lokasi sejurus selepas kejadian, tambahnya.

XINHUA

ad