5 maut dalam kebakaran pasar di tengah Maghribi

RABAT — Lima maut dan 37 lagi dimasukkan ke hospital dalam kebakaran petang Rabu di pasar popular di bandar Fez, Maghribi, lapor laman web berita tempatan Hespress.

Sebagai ibu kota wilayah pentadbiran Fez-Meknes, Fez ialah bandar kedua terbesar di Maghribi dan destinasi pelancongan popular untuk bandar purba yang terkenal dan bengkel kraf tangan yang padat.

Menurut maklumat awal, kebakaran yang turut menyebabkan kerosakan besar kepada hampir 25 stor itu dicetuskan oleh litar pintas akibat kerja pembaikan di sebuah stor, lapor agensi berita rasmi MAP.

XINHUA